Wednesday, August 02, 2006

Awallah Dondang 2006


Aaaa... The memories...


This was a comment by an audience at the show:

assalamu'alaikum

Keterharuan meluap disanubari setelah menyaksikan persembahan Awallah Dondang II - Melayuku ini Melayukah Sabtu lalu mengobarkan semangat saya untuk menulis emel ini. Emel ini bertujuan untuk memberi suatu analisa ringkas bagi persembahan yang dianjurkan Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu (Perbayu NTU-NIE) dengan kerjasama beberapa institusi termasuk Politeknik Ngee Ann, Politeknik Singapura, Maktab Rendah Nanyang, Maktab Rendah Innova, Sekolah Menegah Bedok Green dan juga Sekolah Rendah Jiemin.

Komen dalam emel ini sekadar pendapat peribadi. Seperti manusia biasa, saya tidak terlepas dari kesilapan.


"Manusia hanya dapat mengenal dirinya jika mereka memahami sejarah mereka." - Nur 'Abidah Abdul Rahman, Presiden Perbayu


Dari permulaan Awallah Dondang, suasana di Kreta Ayer People's Theatre sudah pun memberi satu sindiran yang begitu mendalam. Perkataan "Kreta" dan "Ayer" merupakan Bahasa Melayu lama yang sekarang sudahpun ditukar ejaannya. Mengikut sejarah, di perkampungan inilah sebahagian imigren awal dari negara Cina menetap dan meneruskan kehidupan.

Persembahan Awallah Dondang dimulakan dengan satu bentuk tarian yang agak menyeramkan. Penari-penari berpakaian kurang sinarnya dengan bertopeng seolah-olah memberi satu identiti yang mencurigakan. Awallah Dondang meneliti persoalan yang "mempertikaikan kemelayuan Melayu." Cocok dengan rangkap tema "Melayuku ini Melayukah?", soalan yang dikemukan bak seperti meludah ke langit. Jatuhnya ke muka sendiri jua. Masyarakat Melayu mungkin mengalami satu krisis identiti. Kekeliruan dicerminkan melalui tarian yang mengikut rentak lagu bersisipan gong yang rancak kedengaran.

Secara keseluruhannya, irama dan lagu (sountrack) yang dimainkan semasa persembahan memang baik dan bersesuaian. Lagu-lagu Melayu popular baru dan lama seperti P.Ramlee "Bulan Dipagar Bintang", "Bila Mama Pakai Celana", Rabbani "Intifada", "diberi nafas dan iltizam baru. Lirik kepada lagu-lagu tersebut juga diubah, memuatkan kata-kata yang sangat mendalam. Sekiranya saya diberi ingatan yang kuat, dapat juga saya kongsi beberapa lirik-lirik lagu tersebut dalam warkah ini.Sayangnya, dialog pelakon semasa menyanyi kurang jelas kedengaran bagi penonton-penonton yang duduk di belakang.


"Awallah Dondang kali ini telah diusahakan oleh mereka yang bergelar pewaris anak Singapura. Mereka ini akan memikul amanah memimpin Singapura ke persada dunia."- Nur 'Abidah Abdul Rahman


Tetamu terhormat, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan) dan Anggota Parlimen GRC Tampines, pada pendapat saya, turut akan memuji kehebatan pementasan Awallah Dondang.
Sejarah Melayu kaya dengan cerita-cerita yang memberi pedoman dan ajaran.
Bermulanya dengan Sang Nila Utama memberi nama Singapura kepada pulau Temasek. Tanah Singapura yang pernah dahulu merupakan kedaulatan orang Melayu menjadi satu idaman yang hanya menggariskan nasib malang orang Melayu mengejarkan sesuatu yang bukan lagi miliknya. Dilema pemimpin Melayu dirasai dan dijiwai Temenggong Abdur Rahman. Perjanjian 6 Februari, 1819 membenarkan British menempat di pulau Singapura dan Perjanjian 7 Jun 1823 memberi kuasa yang meluas kepada British ke atas Singapura sekaligus menyebabkan Sultan dan Temenggong hilang pengaruh atas pulau Singapura. Sebagai ganti Sultan diberi bayaran $1, 500 dan Temenggong dibayar $800 secara bulanan.

Tarikh perjanjian tersebut menghantui pemimpin-pemimpin Melayu hingga sekarang. Dalam persembahan, watak Temenggong diadili di dalam mahkamah, dikelilingi peguam-peguam yang membedilnya dengan soalan-soalan yang menyoal tindakannya yang diambil lebih 180 tahun dahulu. Diantara peguam-peguam tersebut termasuk orang-orang Melayu berbilang aneka; yang menyerupai bapuk, seorang Mat, yang petah bercakap, yang berair liur basi. Pendek kata, pelbagai jenis Melayu turun padang untuk menyoal Temenggong. Terdapat juga seorang yang memainkan watak Tionghua, menyindir Temenggong dengan melepaskan tekanan melalui tai chi, satu gaya hidup sihat yang membawa dua maksud; lepaskan tanggungjawab atau beban kepada pihak lain. Seorang peguam yang lain pula, seorang Achi
turut menyuruh Temenggong supaya jangan khuatir.

Sejarah Badang juga memberi kesan mendalam kepada masyarakat Melayu. Watak Badang dimain dengan cukup menarik. Pelakon yang menjiwai Badang mencerminkan masanya dahulu sebagai seorang nelayan biasa yang suka berangan-angan. Badang terkenal dengan kekuatannya namun kekuatan yang diperolehi secara haram; memakan muntah syaitan, seolah-olah mencurigai kehebatannya. Apakah orang Melayu punyai kehebatan yang tulen? Badang dibawa ke gelanggang dilema; bertanding dengan perasaannya sendiri. Situasi seolah-olah menjadikan dirinya tersepit. Terdapat juga satu dialog diantara Bandang dan Syaitan dimana Syaitan seolah-olah memperkecilkan dan menyiarkan kelemahan Badang sebenarnya. Terdapat juga adegan-adegan lucu diselitkan dengan tarian ala Bollywood melibatkan semua di atas pentas menari secara kebetulan setelah Badang berjaya mengangkat batu besar.
Episod Badang ini meninggalkan kesan mendalam; menyoal ketulenan kekuatannya. Namun, pada akhir persembahan, kekuatan Badang tampak kelihatan apabila para penonton melihat si Badang sebenarnya tika menangkap Syaitan yang meraung-meraung di dalam jerat.

Cerita Hang Nadim dan Ikan todak juga menyentuh hati para penonton. Kelemahan orang Melayu dahulu digariskan apabila ikan todak memanah ke arah pendekar-pendekar yang tidak berperisai ilmu. Watak Hang Nadim dimainkan seorang pelajar sekolah rendah bersama ilmunya dimanusiakan (personified) pelakon-pelakon kanak-kanak kecil juga. Jelas ketara di atas pentas terdapat pertembungan budaya pemikiran orang tua dan orang muda. Daya kreativiti orang muda kadang kala diendahkan golongan dewasa.
Sedutan-sedutan lucu dilihat apabila kanak-kanak kecil menari seperti ikan todak dan batang-batang kayu pisang.

Detik akhir persembahan disaksikan para pelakon dan turut para penonton apabila perkebumian atas Hang Nadim, simbol pewaris anak Singapura.

Salah satu penari yang bertopeng pada awal persembahan Awallah Dondang keluar semula ke pentas kelihatan cemas.Pelakon-pelakon dari setiap babak turut ke atas diketuai dua pelakon utama membawa pelita mengaju terhadap penari bertopeng itu.


"Semoga pementasan Awallah Dondang ini memperingatkan kita bahawa setiap anak watan dan setiap yang bergelar manusia akan melalui liku-liku derasan sungai. Arus ini akan mengembang menjadi pukulan ombak yang dapat mengubah pantai-pantai dunia. Sekali air bah, sekali pantai berubah." - Nur 'Abidah Abdul Rahman.


Persembahan Awallah Dondang II menjadi satu persembahan yang tidak dapat saya lupakan. Tidak sabar pula menantikan Awallah Dondang ke tiga....
Tidak sabar melihat pewaris anak Singapura berjaya memikul amanah memimpin Singapura ke persada dunia.

Syabas diucapkan kepada Nadi Awallah Dondang dan Jawatankuasa Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu (Perbayu NTU-NIE).

wassalam

Remy bin Mahzam
NYPMS / Med Visual Arts
6 Rejab 1427H/ 31 Julai 2006


Congrats to Bid and ZUraidah for having brilliant ideas..

So I was doing some researching for Awallah Dondang videos on YouTube.. If you guys go back to my post on March 9, there was an event at Orchard Rd where I took part in as a skater for 8 bloody hours for the lauching of the Youth Donor Club.. I did not manage to take photos of this group cos my cam battery was out.. This was performed by MSAFTKB.. The kewlest lil' kids alive.. They won Danceworks 2006 by the way..

You'll have to click twice on the video 'cos the owner dun allow embedding.. Another window will pop up immediately directing to YouTube.. Enjoy!

Hip Hop

0 Comments:

Post a Comment

<< Home